Kerja macam biasa hari ini. Sekarang dah ada bayaran untuk wifi di sini berkuatkuasa serta merta. hehe. Para staff macam mana? OK ke. Kalau nak tukar password setiap jam adalah tidak sesuai langsung. Nak buat sistem tiket dah tentu kena keluar wang modal. Jadi apa yang terbaik buat aku adalah wireless MAC filter. Korang pula macam mana?
Friday, October 29
balik kerja makan berger
Singgah sebentar di warung makcik ni, beli berger dan air batu campur, ABC. Lapar sungguh.. Suria Corner malatop..
Tuesday, October 26
Cuti yang paling rileks.
Hari ni cuti minggu macam biasa. Duk rumah saja dan kadang2 tu tido. hehe. jadi driver hantar emak dan nenek. tu je la. petang pula pergi kedai motor ganti tempat pijak kaki yang dh hilang ke mana entah..
Sunday, October 24
Biasa saja
Tiada yang menarik hari ni melainkan kerja pada hujung minggu. hehe.. buat kelas sekejap pastu rilek2 jer. Macam biasa melayan budak2.
Esok nak ke pekan sekejap dan tak sabar mengunggu bungkusan. hehe. BST-33 jer. =)
Esok nak ke pekan sekejap dan tak sabar mengunggu bungkusan. hehe. BST-33 jer. =)
Saturday, October 23
Panasnya di PJK
aishhh.. panasnya. peluh-peluh badan ni. aircond dah keluar angin je hari ni. Nampaknya kena panggil org dtg service la. Warranty dah tamat. jadi kena la qoute harga.
Call acson tak angkat plak. haft day ke hari ni? erm. nampaknya isnin la baru bleh call. berpanas la dulu, nasib baik ada dengan kipas kaki.
via Fасebook for BlackBerry?
Ramai yang tanya, aku beli, pakai blackberry plak ke? hehe.. mane ada la.. bukannya murah nak beli, bukan real la.. just application kat facebook jer.
Sesiapa yang nak cuba boleh buat aplikasi sendiri menggunakan facebook API dan melalui website ni. funnyfacebook.tk
![]() |
| via Fасebook for BlackBerry |
Friday, October 22
Buat "word clouds" dengan wordle
Cantik tak? korang boleh cuba buat words cloud macam ni di wordle.net
Masukkan sama ada facebook info korang, atau rss feed ke, dalam wordle, dan walla..!!
Thursday, October 21
Beli Bateri Sony Erricsson BST-33
Sambil2 windows shopping di lelong.com.my teringat pulak nak beli bateri untuk SE w890i ku yang dah tak berapa elok. Memang patut ditukar dari dulu sampaikan family pun bising, bila call asyik phone off je. hehe. bukan sengaja pun.
Banyak juga jenis bateri, last2 pilih BST-33 dari Sun Global. Tengok macam bagus jer. High capacity 1800mah. Harga RM45 campur RM5 penghantaran. Not bad la, dari beli di kedai yang kate bateri ori tapi tak berapa nak ori tu. huhu.
Kalau ikutkan bateri BST-33 yang asal, kapasitinya hanya 950mah. Jadinya dua kali ganda kapasiti la. Boleh buat call sampai pagi. haha. Untuk beli juga, sila klik di sini.
Syabas - Melaka Maju 2010
Tepat jam 2010 (8.10mlm) pada 20 Oktober 2010. 201020102010, cantik betul tarikh yang dipilih. Melaka diisktiharkan oleh Perdana Menteri melalui sidang video sebagai negeri maju.
Jadi pada petang tu ambil peluang untuk pergi tengok. Ramai betul rakyat Melaka yang turun. Stadium Hang Jebat tu penuh sampai tak muat2. Kat luar pun ,asih ramai lagi, dapat tengok di skrin besar saja.
Lepas tengok bunga api pengistiharan, dan tengok persembahan budak2 sekolah, kalau tak silap ada la dalam 5000 orang. Kemudian lintas masuk kereta2 dan kenderaan solar serta beca, kami bertiga pun balik la rumah. Tu pun ambil masa nak keluar sebab kenderaan terlalu banyak.
Tak tengok pun elly iskandar dan konsert TV3 masa tu. Lagipun tak masuk pun nama bertuah. Untung la sapa yang dapat hadiah rumah kereta motor dsb. Dari jam kat Melaka baik duduk rumah tengok televisyen.
Video tak berapa elok, maklumlah telefon lama. =)
izhan
Wednesday, October 20
Melaka Jerebu
Hari ni cuti minggu walaupun hari Rabu. Masih di rumah sambil tonton televisyen dan melayari facebook. Lebih baik duduk rumah sebab Melaka udaranya agak jerebu. Mungkin disebabkan pembakaran dari negara jiran terdekat.
Pujuan gak kepada YB Hassan berikan mask kepada pelajar Sek. Men. di sini, menunjukkan beliau seorang yang prihatin dan cepat bertindak. dan tahniah gak kat beliau atas gelaran Datuk yang baru dianugerahkan. Syabas.
Ok la. cuti2 juga. rumah perlu dikemaskan.
Pujuan gak kepada YB Hassan berikan mask kepada pelajar Sek. Men. di sini, menunjukkan beliau seorang yang prihatin dan cepat bertindak. dan tahniah gak kat beliau atas gelaran Datuk yang baru dianugerahkan. Syabas.
Ok la. cuti2 juga. rumah perlu dikemaskan.
Monday, October 18
Bengkel Multimedia Kreatif
Selesai sudah 3 sesi bengkel multimedia kreatif di 3 tempat. Sungai Rambai, Ubai dan Tenggaroh 3. Walaupun dibuat secara sederhana, sambutan boleh dikatakan ok la juga daripada komuniti setempat.
Modul Photoscape, Blog, Photostory, Keusahawanan dan Audacity. Tinggal karnival yang belum di selesaikan lagi dan sekarang ni masih lagi blur2 jer fikirkan bagaimana nak laksanakan.
Ketua @ tuan rmh Ubai dah pindah ke HQ. Terpulang la dkt orang2 jauh nk laksanakan karnival. huhu. Diharapkan staff2 PJK Digi yang berpengalaman dapat bantu.
Dari Larkin sampai ke Melaka Sentral jam 1.20 pagi, esok kerja cam biasa.
Modul Photoscape, Blog, Photostory, Keusahawanan dan Audacity. Tinggal karnival yang belum di selesaikan lagi dan sekarang ni masih lagi blur2 jer fikirkan bagaimana nak laksanakan.
Ketua @ tuan rmh Ubai dah pindah ke HQ. Terpulang la dkt orang2 jauh nk laksanakan karnival. huhu. Diharapkan staff2 PJK Digi yang berpengalaman dapat bantu.
Dari Larkin sampai ke Melaka Sentral jam 1.20 pagi, esok kerja cam biasa.
Subscribe to:
Comments (Atom)




